Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Calon Belia PBB perlu dilatih dengan betul – Abang Johari

SIBU, 6 Okt: Calon Belia Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) boleh dipertimbangkan untuk bertanding dalam pilihan raya sekiranya memenuhi kriteria yang ditetapkan.

Presiden Parti PBB, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, sudah menjadi tradisi parti itu meletakkan kombinasi muka lama dan baharu setiap kali pilihan raya diadakan.

Pergerakan Belia PBB generasi pewaris masa hadapan Sarawak

“Tak dapat nak terus bertanding, kami dulu pun tunggu masa untuk masuk bertanding kerana pertandingan adalah satu kebolehan serta penerimaan masyarakat terhadap calon yang diletakkan untuk bertanding itu.

“Selain itu, calon yang akan bertanding juga hendaklah memahami rentak dan perbezaan yang ada di Sarawak ini termasuklah dari segi sosiobudaya dan latar belakang.

“Seterusnya, kombinasi orang muda dan orang lama dalam parti adalah perlu kerana kita dalam PBB pada setiap kali pilihan raya sekurang-kurangnya 30 peratus adalah muka baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Sayap Belia PBB di Sibu, hari ini.

Premier Sarawak itu berkata, pemimpin muda perlu dilatih bagi meningkatkan pengalaman dengan kriteria sebagai pemimpin yang kompeten serta memahami aspirasi rakyat berbilang kaum yang ada di Sarawak.

Pergerakan Belia PBB generasi pewaris masa hadapan Sarawak

“Tidak dinafikan bahawa golongan muda ini ada kalanya terlalu laju hingga tidak melihat ada kayu di hadapan mereka.

“Oleh itu, dengan penubuhan sayap belia ini kita latih mereka dalam satu perahu walaupun laju biarlah dengan cara yang betul mengikut arus kerana bimbang jika terlalu laju mereka tidak tahu untuk menguruskannya,” katanya.

Justeru katanya lagi, faktor utama yang perlu ada dalam kepimpinan belia adalah kesabaran yang tinggi serta mempunyai integriti yang kuat untuk melaksanakan sesuatu.

“Mereka perlu belajar dan bergaul dengan setiap lapisan masyarakat daripada yang bawah hinggalah di atas.

“Kita tak mahu mereka terlampau ekstrem sangat kerana itu bahaya, kita dalam masyarakat majmuk ini perlu seimbang dan apa yang penting ialah negeri kita aman,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan