Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil pada Program Sembang Santai Komuniti Madani di Gelugor di sini malam tadi. Foto TVS

Belanjawan 2025: Usaha mantapkan Internet di pedalaman, sekolah

GEORGE TOWN, 6 Okt: Kementerian Komunikasi akan memberikan tumpuan untuk meneruskan usaha memantapkan prasarana Internet terutama di kawasan terpencil, pedalaman dan pulau di seluruh negara menerusi Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan 18 Oktober depan.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, usaha meningkatkan prasrana kesalinghubungan tersebut turut meliputi tindakan melengkapkan sejumlah sekolah di kawasan berkenaan dengan kemudahan wi-fi yang melibatkan kerjasama Kementerian Pendidikan.

Menurutnya, terdapat keperluan memperbaiki masalah yang dihadapi menerusi program Point of Presence (PoP) apabila rangkaian Internet yang disalurkan ke sekolah pedalaman sebelum ini didapati hanya sampai ke pagar sekolah.

“Jadi, setelah pihak kementerian menerima teguran audit mengenai pelaksanaan projek PoP ini, maka kita merasakan ada keperluan untuk perbaiki masalah ini dengan membantu sekolah-sekolah.

“Ada sebanyak 4,000 sekolah yang terlibat untuk melengkapkan internet bukan hanya sampai ke pintu sekolah melalui program PoP Fasa 1 dan 2, tapi juga untuk menyalurkan Internet itu dengan kemudahan wi-fi ke dalam sekolah,” katanya malam tadi.

Beliau ditemui pemberita selepas Program Sembang Santai Komuniti Madani di Gelugor di sini.

Sementara itu, Fahmi berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menyarankan kementeriannya memberikan fokus kepada menyelesaikan masalah internet di kampus-kampus universiti awam di seluruh negara.

Katanya, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) telah diminta untuk segera mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pengajian Tinggi bagi mengenalpasti kampus yang terlibat berikutan isu berbeza yang dihadapi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan