Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerjasama dalam memperkasakan usahawan muda di kedua-dua negara itu diikat dengan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) yang disaksikan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Bandar Seri Begawan pada Jumaat.

SEA, YTEAB meterai MoU perkasa usahawan muda Sarawak – Brunei

ByMadeline Dugat

KUCHING, 5 Okt: Persatuan Usahawan Sarawak (SEA) dan Persatuan Usahawan Muda Brunei (YTEAB) berkolaboratif bagi membangunkan perdagangan dua hala, pembangunan keusahawan dan sokongan kepada Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 2030 (PCDS 2030).

Kerjasama dalam memperkasakan usahawan muda di kedua-dua negara itu diikat dengan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) yang disaksikan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Bandar Seri Begawan pada Jumaat.

Presiden SEA, Ts. Khairulnizam Dato’ Sri Mohamed Khalid berkata, MoU itu merupakan komitmen kedua-dua pihak untuk mempromosikan peluang perniagaan dan pelaburan serta memupuk keusahawanan dalam kalangan komuniti perniagaan muda di Sarawak dan Brunei.

“Tujuan MoU adalah untuk mempengaruhi hubungan yang lebih baik antara usahawan muda di Sarawak dan Brunei.

“Kami berharap MoU ini akan membawa manfaat bersama kepada negara dan negeri sereta kepada kedua-dua parti dalam bidang ekonomi dan kolaborasi,” katanya.

Khairulnizam berkata demikian sempena perasmian Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak (STATOB) di Bandar Seri Begawan, Brunei, pada Jumaat.

Terdahulu, MoU berkenaan ditandatangani Khairulnizam mewakili SEA Sarawak manakala YTEAB diwakili Goh Chai serta turut disaksikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan & Ekonomi II, Dato Seri Setia Dr, Awang Mohd Amin Liew Abdullah serta kabinet menteri, pegawai rasmi, pemimpin perniagaan dan wakil persatuan perniagaan dari kedua-dua negara.

Khairulnizam berkata, MoU ini menandakan permulaan kerjasama erat antara kedua-dua persatuan yang memfokuskan kepada bidang utama seperti perdagangan dua hala, pembangunan keusahawan dan sokongan kepada Strategi Pembangunan Pasca-Covid yang digariskan oleh kerajaan Sarawak.

Selain itu, kerjasama ini akan membuka peluang besar kepada usahawan muda untuk berkongsi pengalaman, pengetahuan dan amalan terbaik dalam membina komuniti keusahawan yang lebih dinamik dan inovatif.

Beliau juga menekankan kepentingan jaringan dan bimbingan dalam pembangunan usahawan muda, memandangkan perjanjian ini dijangka akan membuka jalan kepada kerjasama yang lebih luas dalam pelbagai bidang sekaligus memberikan manfaat yang besar kepada usahawan muda di Sarawak dan Brunei. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan