Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah rumah tidak berpenghuni di Jalan Homelite, Miri, terbakar pagi tadi. Foto JBPM

Rumah tidak berpenghuni di Miri musnah terbakar

MIRI, 5 Okt: Sebuah rumah tidak berpenghuni di Jalan Homelite di sini, terbakar pagi tadi.

Komander Operasi, Reo Isomail berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 10.26 pagi dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Miri ke lokasi kejadian.

“Setiba di lokasi kejadian, didapati kebakaran melibatkan sebuah rumah kosong (tiada penghuni) jenis tidak kekal telah terbakar keseluruhan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pihak bomba bertindak melakukan operasi pemadaman dengan menggunakan satu aliran salur bantu mula air dari pam jentera sehingga api padam sepenuhnya.

“Setelah keadaan terkawal dan tiada lagi punca api, pihak bomba bertolak balik ke balai,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan