Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Setiausaha Agung RSS, Abbas Hamzah (dua dari kanan) mewakili Presiden RSS, Muhammad Haneef Ali menerima Anugerah Jasamu Dikenang. Foto RSS

Presiden RSS terima Anugerah Jasamu Dikenang

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 5 Okt: Presiden Rumpun Silat Sarawak (RSS), Muhammad Haneef Ali diumumkan sebagai penerima Anugerah Jasamu Dikenang daripada Persekutuan Silat Kebangsaan (PESAKA) Malaysia.

RSS dalam satu kenyataan berkata, anugerah tersebut disampaikan oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka merangkap Penaung PESAKA Malaysia, Tun Mohd Ali Rustam pada Majlis Makan Malam PESAKA Malaysia di sebuah hotel terkemuka di ibu negara malam tadi.

Muhammad Haneef diwakili Setiausaha Agung RSS, Abbas Hamzah.

Muhammad Haneef, 76, mula menceburi seni mempertahankan diri silat sejak berusia sembilan tahun dan pernah menerima beberapa penganugerahan sebelum ini, antaranya penganugerahan Tokoh Guru Silat pada 2001 dan Pingat Johan Bintang Kenyalang pada 2016.

Beliau yang juga merupakan Guru Utama Pertubuhan Seni Silat Helang Putih Perkasa Sarawak pernah menyandang beberapa jawatan penting termasuklah Naib Presiden II PESAKA (1994-1996), Ahli Dewan Perguruan PESAKA, Setiausaha Agung RSS (1987-2014) dan banyak lagi.

Pada majlis itu Tun Mohd Ali Rustam juga telah menyempurnakan upacara penyerahan bendera pasukan Malaysia yang akan berangkat ke Kejohanan Pencak Silat Asian ke-8 2024 di Uzbekistan pada 8 hingga 17 Oktober ini.

Turut hadir pada majlis tersebut Presiden PESAKA Malaysia, Datuk Wira Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan