Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengurus Besar Bahagian Sokongan Perniagaan JX Nippon Oil and Gas Abang Azahari Abang Zen ketika ditemui TVS pada Pameran Kerjaya dan Latihan Sarawak (SCaT) 2024 di Pusat Hikmah Exchange, Kuching hari ini. Foto Akma Salleh (TVS)

PETRONAS komited lahirkan tenaga kerja bermutu, berkualiti

ByWilly Jali

KUCHING, 5 Okt: Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) komited dalam melahirkan tenaga kerja bermutu dan berkualiti pada masa hadapan bagi memacu peralihan industri.

Ia terbukti menerusi Hari Kerja Minyak dan Gas yang mana PETRONAS menyediakan peluang kerjaya kepada graduan tempatan sekali gus melahirkan tenaga kerja mahir dalam mendepani pelbagai cabaran.

Pengurus Besar Bahagian Sokongan Perniagaan JX Nippon Oil and Gas Abang Azahari Abang Zen berkata, program dua hari itu merupakan langkah efektif dalam memperkasa tenaga kerja mahir masa hadapan.

“Kami mencari pekerja terbaik dan bermutu, bukan sahaja mempunyai ijazah namun lebih daripada itu. Jadi kami melihat dari segi sikap, personaliti dan individu yang mahir dalam menganalisis.

“Selain itu, kami mahu seseorang yang kuat dan bermotivasi tinggi. Oleh itu, kemahiran peribadi adalah sangat dititikberatkan. Lebih-lebih lagi teknologi sekarang sentiasa berubah dan kami memerlukan jurutera atau pekerja terbaik untuk datang dan ambil peluang ini,” katanya ketika ditemui TVS pada Pameran Kerjaya dan Latihan Sarawak (SCaT) 2024 di Pusat Hikmah Exchange, Kuching hari ini.

Menurutnya, program tersebut turut menjadi platform membuka peluang untuk melibatkan diri secara langsung dengan graduan tempatan, lepasan sekolah, pekerjaan dan masyarakat.

Tambahnya, usaha itu selaras dengan tujuan PETRONAS untuk menyokong pertumbuhan industri dan pembangunan negara bagi melahirkan generasi berkemahiran.

“Kita memerlukan tenaga kerja untuk masa depan. Kita mempunyai pekerjaan minyak di luar negara tetapi dengan petugas baharu. Jadi, ia memerlukan masa untuk membangunkan pekerja dan memerlukan lima hingga 10 tahun.

“Jadi ini merupakan satu peluang. Oleh itu, saya merasakan acara yang diadakan tahun ini adalah bagi mempersiapkan petugas dan pekerja agar lebih mahir,” ujarnya.

Penglibatan PETRONAS melalui program tersebut bukan sahaja mencerminkan dedikasinya terhadap pembangunan negara tetapi menunjukkan semangat dalam memacu peralihan industri dan membina tenaga kerja dinamik untuk masa depan Sarawak.

Hari Kerjaya Minyak dan Gas yang diadakan di Hikmah Exchange Event Centre disertai lebih 20 pemain minyak dan gas terkemuka termasuk JX Nippon Oil & Gas Exploration, Mubadala Energy, PTT Exploration and Production (PTTEP) dan Petra Energy Berhad yang menawarkan lebih daripada 700 peluang pekerjaan.

Pengisian program turut menampilkan beberapa acara termasuk tujuh aktiviti sampingan menarik iaitu Taman Permainan STEM, Drone and Robotic Explore (Drobotex) Challenge, SCaT Kamboh Stage, Skills Master, cabutan bertuah, pertemuan komuniti cosplay dan zon keseronokan kanak-kanak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan