Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Fatimah Abdullah merasmikan Konvensyen Prasekolah Antarabangsa Sarawak 2024 di Kuching pada Sabtu. Foto TVS

Pendidikan prasekolah bentuk generasi baharu berkualiti, cemerlang

KUCHING, 5 Okt: Pengembangan bakat, potensi, karakter dan minat kanak-kanak mampu dibentuk menerusi pendidikan prasekolah, kata Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Dato Sri Fatimah Abdullah.

Beliau berkata, Konvensyen Prasekolah Antarabangsa Sarawak 2024 merupakan antara usaha untuk memartabat dan memperkasa pendidikan awal kanak-kanak yang merupakan asas penting dalam membentuk generasi baharu berkualiti serta cemerlang.

Menurutnya, tugas dan komitmen pendidik juga amat signifikan dalam membentuk serta memupuk perkembangan kognitif, emosi, fizikal, sosial dan rohani kanak-kanak prasekolah.

“Kita tahu di peringkat awal pertumbuhan dan pembesaran kanak-kanak merupakan tempoh yang sangat penting dan signifikan dalam perkembangan mereka yang mana di sinilah mereka mengenali dunia luar dan pada masa sama.

“Justeru, tanggungjawab kita sebagai pendidik, penjaga, ibu bapa dan orang dewasa adalah dari titik permulaan ini, menyediakan peluang serta ruang secukupnya bagi anak-anak ini membesar dan berkembang dengan potensi maksimum,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Konvensyen Prasekolah Antarabangsa Sarawak 2024 di Kuching pada Sabtu.

Fatimah turut berharap konvensyen tersebut menjadi medium peserta berkongsi amalan terbaik dan memberikan buah fikiran serta inisiatif yang boleh dilaksanakan bagi memperkasa pendidikan prasekolah.

Antara pengisian konvensyen antarabangsa termasuk ceramah berkaitan perkembangan pembelajaran dalam kalangan kanak-kanak prasekolah, peranan ibu bapa dan pendidik dalam mendepani anak-anak yang mempunyai masalah pembelajaran seperti disleksia dan autisme serta bengkel perpustakaan mainan untuk kanak-kanak.

Seramai lebih 300 peserta terdiri daripada pendidik kanak-kanak prasekolah dan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat dalam pendidikan prasekolah menyertai konvensyen yang bermula pada 4 hingga 6 Oktober ini.

Turut hadir Menteri Pendidikan Negara Brunei Darussalam, Datin Seri Setia Dr. Romaizah Md. Salleh, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak Datuk Rosey Yunus, Konsul Jeneral Brunei Darussalam di Kuching Sheikh Abdul Mahdani Dato Paduka Sheikh Abdul Gani, Konsul Jeneral Republik Indonesia di Kuching Raden Sigit Witjaksono dan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) Datu Felicia Tan Ya Hua. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan