Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jurulatih Futsal JDT Juan Antonio Miguel Garcoa (kanan) bersama Kapten JDT Azrul Hadee Taufiq bersama Jurulatih Futsal Selangor FC Edgar Eder Baldasso (kiri) bersama Kapten Selangor FC Mohd Khairul Effendy Mohd Bahrin pada sidang media hari ini menjelang Perlawanan Akhir Piala FA Futsal Malaysia Bukit Jalil. Foto Bernama

Pasukan futsal JDT sasar kejuaraan berganda musim ini

ByBernama

KUALA LUMPUR, 5 Okt: Ketua jurulatih pasukan futsal Johor Darul Ta’zim (JDT) Juan Antonio Miguel Garcoa mempunyai misi besar menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia Futsal 2024 menentang Selangor di Axiata Arena, Bukit Jalil petang esok.

Pengendali kelahiran Sepanyol itu berkata beliau berazam untuk menebus kekecewaan pada final tahun lepas dengan membantu skuad Harimau Selatan merangkul gelaran juara buat kali pertama dalam sejarah.

Beliau berkata memenangi trofi itu akan menjadi penamat yang sempurna buat JDT selepas mereka berjaya merangkul kejuaraan Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) Divisyen 1 2024 pada Julai lepas.

“JDT gembira mara ke final (Piala Malaysia Futsal). Seperti apa yang saya katakan sebelum ini, kami datang ke sini bukan hanya untuk bermain tetapi kami mahu menang.

“Saya yakin dengan pasukan saya pada perlawanan ini. Dalam masa sama, kami menghormati Selangor kerana mereka juga pasukan yang bagus,” katanya pada sidang media praperlawanan di sini hari ini.

Sebelum ini, JDT menempah slot ke final Piala Malaysia Futsal 2024 selepas menewaskan Kuala Lumpur City dengan agregat 9-2, manakala Selangor mara dengan menewaskan juara bertahan Pahang Rangers 9-7.

Sementara itu, jurulatih Selangor Edgar Eder Baldasso optimis pasukan itu akan mengakhiri badi sekadar menduduki tempat ketiga dalam beberapa kejohanan sebelum ini.

Bagaimanapun, Edgar mengakui tugas sukar menanti mereka, kerana JDT adalah pasukan yang kuat dan pilihan untuk menjulang piala.
“JDT adalah pasukan yang kuat kerana mereka juara MPFL. Pasukan mereka juga mempunyai pemain import yang bagus.

“Saya boleh katakan peluang pada perlawanan esok akan menjadi 50-50. Walaupun JDT adalah pasukan pilihan saya, kami masih mempunyai potensi untuk menang kerana permainan kami juga sangat baik,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan