Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
LTdL Malaysia 2024 peringkat ketujuh Miri-Bintulu disertai 132 pelumba. Foto Salasiah Safian (TVS)

Miri mampu anjur acara sukan antarabangsa

BySalasiah Safian

MIRI, 5 Okt: Acara sukan peringkat antarabangsa seperti Le Tour de Langkawi (LTdL) perlu diadakan secara lebih kerap di Sarawak terutama bandar raya ini.

Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin berkata, Miri merupakan bandar raya menarik mempunyai kemudahan yang cukup untuk menganjurkan acara antarabangsa termasuk perlumbaan basikal.

“Ini merupakan salah satu acara sukan antarabangsa, kita berharap Majlis Sukan Negara (MSN) mengadakan lebih banyak acara sukan antarabangsa di Miri.

“Miri memang merupakan bandar raya sesuai untuk acara sukan, ia terbukti selepas bandar raya ini menjadi venue enam acara SUKMA (Sukan Malaysia) baru-baru ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas pelepasan pelumba LTdL Peringkat Tujuh dari Miri ke Bintulu hari ini.

Kim Shin menjelaskan, Miri juga pernah beberapa kali menganjurkan perlumbaan peringkat tempatan dan antarabangsa.

Mengenai penganjuran Sukan SEA 2027, beliau berharap Miri dipilih sebagai salah satu venue acara.

Sementara itu menurutnya, bersempena LTdL 2024, Batik Air menyediakan lima penerbangan dari Johor dan Kuala Lumpur ke Miri manakala Malaysia Airlines (MAS) bertanggungjawab membawa segala peralatan dan basikal menerusi pesawat kargo ke Miri.

“Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutama PETRONAS serta Kementerian Belia dan Sukan,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan