Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim disambut oleh Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif ketika tiba di Pangkalan Udara Nur Khan, Rawalpindi sempena lawatan negara ke Pakistan baru-baru ini. Foto Anwar Ibrahim (FB)

Malaysia sokong Pakistan jadi rakan dialog penuh dengan ASEAN

ByBernama

KUALA LUMPUR, 5 Okt: Pakistan mendapat sokongan penuh untuk menjadi rakan dialog penuh dengan ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata Malaysia berada dalam kedudukan untuk membuka peluang kepada hasrat Pakistan dalam menjadi rakan dialog.

“Malaysia menyokong kerana pendirian kami adalah untuk melibatkan diri dan membuka ruang,” kata Anwar dalam temu bual eksklusif dengan Pakistan TV yang disiarkan melalui YouTube malam tadi.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata beliau mengadakan perbincangan dengan Presiden Rusia Vladimir Putin mengenai penyertaan ke dalam blok ekonomi BRICS semasa lawatan ke Vladivostok September lepas.

“Dan sudah tentu, saya dijemput ke Kazan untuk menghadiri sebagai rakan anggota sebelum menjadi anggota penuh.

“Kami bersikap terbuka, tetapi keputusan akhirnya akan dibuat berdasarkan konsensus dalam ASEAN,” kata beliau.

Sebelum ini, Pesuruhjaya Tinggi Pakistan ke Malaysia Syed Ahsan Raza Shah dilaporkan berkata Malaysia menjadi antara penyokong utama Pakistan dalam ASEAN.

Oleh itu katanya, Pakistan berjaya memperoleh perkongsian dialog sektoral dan kini berhasrat menjadi rakan dialog penuh ASEAN dengan sokongan berterusan Malaysia. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan