Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Julaihi Narawi melakukan lawatan ke Loji Rawatan Air Bayong Fasa 2B pada Sabtu. Foto TVS

Loji Rawatan Air Bayong dijangka beroperasi sepenuhnya hujung tahun ini

SARIKEI, 5 Okt: Projek menaik taraf Loji Rawatan Air Bayong Fasa 2B dengan kapasiti 30 juta liter sehari (MLD) kini hampir siap dan dijangka akan beroperasi pada hujung tahun ini.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, apabila siap sepenuhnya kelak, loji itu akan beroperasi dengan kapasiti 100 juta liter sehari (MLD) sekali gus menambahbaik sistem bekalan air sedia ada di Bahagian Sarikei terutama sekali di kawasan Tanjung Manis, Belawai serta Pulau Bruit.

Menurutnya, setakat ini, 48 projek bernilai RM249 juta telah siap dilaksanakan dan berjaya menangani isu bekalan air di beberapa kawasan di bahagian ini.

“Manakala empat projek bernilai sekitar RM134 juta kini masih dalam peringkat pembinaan termasuk Loji Rawatan Air Bayong Fasa 2B yang berkapasiti 30 MLD,” katanya kepada media selepas mengadakan lawatan kerja ke tapak itu, hari ini.

Beliau berkata, projek Julau Pakej Satu bernilai RM25.68 juta dianugerahkan kepada pihak kontraktor yang dilantik pada Ogos lalu, bakal memberi manfaat besar kepada penduduk sekali gus menambahbaik sistem bekalan air sedia ada di Julau khususnya Pekan Julau, kawasan Sungai Manok, Nanga Luau, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Julau No 2, dan Sungai Jikang.

Katanya, lima projek bernilai sekitar RM236 juta kini berada dalam peringkat perancangan iaitu salah satu projek iaitu Projek Julau Fasa 2 dijangka tender pada suku pertama tahun 2025, dua projek masih dalam peringkat reka bentuk konsep dan dua dalam peringkat lantikan perunding.

“Skop kerja bagi projek ini merangkumi pemasangan saluran paip baharu, pembinaan tangki aras tinggi, pembinaan stesen pam penggalak, kerja-kerja menaik taraf loji rawatan air, dan pembinaan muka sauk air mentah.

“Di samping menambahbaik sistem bekalan air sedia ada, projek-projek ini akan memberi jaminan kualiti kehidupan yang lebih baik kepada penduduk di Bahagian Sarikei terutama sekali penduduk di Julau, Pakan dan kawasan KJD, Maradong, Bintangor, Tanjung Manis, Belawai sehingga ke Pulau Bruit,” katanya.

Beliau menambah, bagi menjamin kualiti bekalan air yang lebih baik dan berterusan di Bahagian Sarikei, JBALB Sarawak akan memastikan projek yang kini dalam peringkat pelaksanaan akan disiapkan dalam jangka masa yang telah ditetapkan.

Semua projek itu katanya, merupakan sebahagian daripada Sistem Grid Bekalan Air Sarawak yang diilhamkan oleh Premier Sarawak untuk menyelesaikan isu bekalan air secara efektif dan menyeluruh.

“Komitmen tinggi itu dizahirkan dengan pelaksanaan 53 projek bekalan air yang menelan belanja RM378.2 juta,” jelasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan