Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki cedera selepas kereta dipandu kemalangan kendiri lalu terbalik di tengah jalan di Jalan Penrissen sebelum jejambat Batu 7 pagi tadi. Foto JBPM

Lelaki cedera, kereta dipandu kemalangan kendiri

KUCHING, 5 Okt: Seorang lelaki cedera selepas kereta dipandu kemalangan kendiri lalu terbalik di tengah jalan di Jalan Penrissen sebelum jejambat Batu 7 di sini, pagi tadi.

Komander Operasi, Abdul Hakim Supian berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 6.16 pagi dengan menggerakkan Bălai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang ke lokasi kejadian.

“Setibanya dilokasi didapati sebuah kereta jenis Perodua Viva telah terlibat dalam kemalangan kendiri, kereta tersebut berada dalam keadaan terbalik di tengah jalan semasa ketibaan pasukan bomba dan mangsa yang berada di dalam tidak sedarkan diri.

“Anggota EMRS diarahkan untuk masuk ke dalam kenderaan bagi memberi rawatan awal kepada mangsa berusia 22 tahun yang mengalami cedera di bahagian muka tetapi tidak tersepit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, setelah mangsa sedar pasukan keluaran operasi mengeluarkan mangsa melalui bonet belakang dan mangsa kemudiannya dibawa ke hospital menggunakan EMRS.

“Seterusnya pasukan keluaran operasi melakukan kerja-kerja flushing, membersihkan permukaan jalan yang berminyak menggunakan salur bantu mula hose reel air dari tangki jentera bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya yang lain,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan