Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bekas bintang Real Madrid, Jese Rodriguez telah menandatangani kontrak bersama Johor Darul Ta'zim (JDT). Foto Johor Southern Tigers (FB)

JDT ikat bekas bintang Real Madrid

ByBernama

JOHOR BAHRU, 5 Okt: Bekas bintang Real Madrid, Jese Rodriguez telah menandatangani kontrak bersama Johor Darul Ta’zim (JDT), menurut rakaman video yang dimuat naik di laman Facebook Johor Southern Tigers hari ini.

Rodriguez, 31, dari Sepanyol pernah beraksi bersama Cristiano Ronaldo di Real Madrid dan bermain di beberapa kelab besar dan divisyen tertinggi.

Selain Real Madrid, Rodriguez turut beraksi bersama Paris St Germain, Sampdoria, Stoke City dan Real Betis, namun beliau dilaporkan tidak menyertai mana-mana kelab selepas meninggalkan kelab Brazil, Coritiba pada Januari lepas.

“Pemenang dua kali trofi Liga Juara-Juara UEFA itu kini bersama keluarga JDT. Selamat datang ke gelanggang juara,” menurut hantaran itu.

JDT sebelum ini telah mengikat beberapa pemain baharu antaranya Jorge Obregon, Enzo Lombardo, Iker Undabarrena dan Eddy Israfilov yang membuat penampilan pertama dalam saingan Liga Malaysia. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan