Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Patinggi Ahmad Zahid Hamidi menyaksikan kerjasama strategik antara Centexs Commercial dan Titan Byte. Foto TVS

Infrastruktur e-sukan lengkap mampu kembangkan potensi generasi muda

LUNDU, 5 Okt: Infrastruktur lengkap dan bersesuaian perlu disediakan untuk membolehkan generasi muda yang berpotensi dalam sukan elektronik (e-sukan) bergerak ke hadapan hingga peringkat profesional.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Patinggi Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini kerana industri tersebut berkembang pesat sehingga mampu memberi pulangan lumayan.

Menurutnya, latihan dan bimbangan tidak seharusnya memfokuskan kepada usaha melahirkan atlet e-sukan sebaliknya menjurus kepada melahirkan pencipta kandungan digital serta pembangunan perisian untuk sukan berkenaan.

“Kita mesti mampu melahirkan dan mewujudkan lebih ramai anak lepasan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) e-sukan untuk berada di peringkat dunia dengan menjual mengikut versi Malaysia.

“Saya yakin satu hari nanti kalau bukan dari negeri lain , saya mengaharapkan kandungan e-sukan dari Sarawak berada di barisan hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Pelancaran Inisiatif TVET HRD Corp-CENTEXS Commercial serta Hab Latihan dan Akademi Pensijilan E-sukan di Lundu pada Sabtu.

Ahmad Zahid dalam pada itu turut mendedahkan seramai 408,000 pelajar mendaftar dalam pelbagai institusi TVET di seluruh negara pada tahun ini.

Pencapaian itu katanya membuktikan pendidikan TVET sudah mula mendapat tempat sebagai salah satu bidang penting yang menyumbang kepada pembangunan negara. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan