Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Beberapa bandar di tengah Bosnia dinaiki air teruk pada 4 Oktober 2024, selepas hujan lebat. Foto AFP

Hujan lebat, tanah runtuh ragut 17 nyawa di Bosnia Herzegovina

ByBernama

BELGRADE (Serbia), 5 Okt: Sekurang-kurangnya 17 orang maut akibat hujan lebat, tanah runtuh dan banjir yang berterusan di Bosnia Herzegovina, menurut pegawai pada Jumaat.

Pentadbiran Perlindungan Awam menggesa orang ramai supaya mengelak daripada melakukan perjalanan ke jalan-jalan menuju Perbandaran Konjic dan Jablanica serta mematuhi arahan pasukan penyelamat bagi mengelakkan lebih banyak kemalangan jiwa, lapor Agensi Anadolu.

Ramai penduduk terpaksa dipindahkan kerana air sungai melimpah dan mencetuskan kejadian tanah runtuh, sekali gus mengganggu kehidupan di Jablanica dan Konjic.

Sementara itu, laluan utama di rantau ini disekat hingga menyukarkan usaha menyelamat.

Sebuah masjid di Jablanica juga dilaporkan tenggelam sepenuhnya.

Selain itu, Kereta api Bosnia Herzegovina mengumumkan terdapat kerosakan serius pada kemudahan landasan sepanjang 17 kilometer yang menghubungkan ibu negara Sarajevo, manakala perkhidmatan pengangkutan awam dilaporkan tidak beroperasi buat sementara waktu.

Selain utara Herzegovina dan sebahagian Bosnia tengah, perbandaran Kresevo, Kiseljak, dan Fojnica turut terjejas akibat banjir, menurut laporan itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan