Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menurut FAO, Indeks Harga Makanan meningkat sebanyak tiga peratus berbanding Ogos. Foto Food and Agriculture Organization of the United Nations (FAO) (FB)

FAO: Lonjakan harga makanan global dipacu cuaca dan permintaan tinggi

ByBernama

ROM, 5 Okt: Harga makanan global mencatatkan lonjakan terbesar sejak 2022 pada September, dipengaruhi oleh cuaca melampau yang memberi tekanan kepada komoditi makanan utama, lapor Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat.

Menurut FAO, Indeks Harga Makanan meningkat sebanyak tiga peratus berbanding Ogos, merupakan kenaikan bulanan terbesar sejak Mac 2022 apabila harga makanan melonjak akibat gangguan bekalan dan tenaga semasa bermulanya konflik Rusia-Ukraine.

Kenaikan harga kali ini disebabkan kebimbangan tentang cuaca melampau, terutama hujan lebat di Kanada dan Kesatuan Eropah yang menyebabkan harga gandum meningkat.

Paras air rendah di Brazil dan Amerika Syarikat juga menjejaskan pengeluaran jagung.

Harga bijirin secara keseluruhan meningkat sebanyak tiga peratus.

Sementara itu, harga gula meningkat 10.4 peratus akibat cuaca kering dan kebakaran hutan di Brazil.

Keputusan India untuk menambah penggunaan tebu bagi pengeluaran etanol turut mempengaruhi kenaikan harga.

Harga daging naik sebanyak 0.4 peratus disebabkan permintaan lebih tinggi untuk ayam dari Brazil dan penurunan permintaan daging biri-biri dari China.

Harga tenusu naik 3.8 peratus, disokong oleh permintaan kukuh dari Asia yang mengimbangi pengeluaran tinggi di Oceania.

Harga minyak sayuran turut meningkat 4.6 peratus, mencapai paras tertinggi dalam 18 bulan, akibat pengeluaran yang berkurangan di Asia dan Amerika Syarikat.

Secara keseluruhan, Indeks Harga Makanan FAO naik 2.1 peratus berbanding tahun lepas, tetapi masih 22.4 peratus lebih rendah berbanding paras tertinggi pada Mac 2022. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan