Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua lelaki cedera ringan selepas pikap dinaiki terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Kilometer 848.7 Pan Borneo dari arah Bintulu ke Miri pagi tadi. Foto JBPM

Dua lelaki cedera ringan, pikap langgar pembahagi jalan

MIRI, 5 Okt: Dua lelaki cedera ringan selepas pikap dinaiki terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Kilometer 848.7 Pan Borneo dari arah Bintulu ke Miri pagi tadi.

Komander Operasi, Raymond Sigan Candang berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 10.37 pagi dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian didapati kemalangan kendiri melibatkan sebuah pikap melanggar pembahagi jalan.

“Terdapat dua mangsa lelaki berusia 33 dan 34 tahun telah berjaya keluar dari kenderaan dengan sendiri dan hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa telah dibawa oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ke Klinik Kesihatan Suai menggunakan ambulans sebelum pihak bomba tiba di lokasi.

“Pihak bomba bertindak membersihkan kesan tumpahan minyak dengan menggunakan tanah dan membuat semburan menggunakan satu aliran salur bantu mula air dari pam jentera untuk membersihkan kesan tumpahan minyak bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya yang lain,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan