Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr Abdul Rahman menerima cenderamata pada Pertandingan Mr Body Builder dan Mr Wonderful Sempena Hari Bukit Mas 2024. Foto TVS

Dasar ekonomi Sarawak tersusun, capai wilayah maju pada 2030

LIMBANG, 5 Okt: Sarawak berada di landasan yang tepat untuk mencapai status wilayah maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2030 di bawah kepimpinan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata banyak kejayaan dan pencapaian terbaik yang dicapai Sarawak melalui pendekatan dan inisiatif baharu sekali gus meningkatkan pendapatan dan ekonomi di wilayah itu.

Dr Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota menambah asas ekonomi Sarawak yang kukuh termasusk dasar tersusun serta pendekatan ke arah ekonomi digital menjadikan Sarawak terus cemerlang.

“Sarawak kini menuju ke era yang lebih cemerlang dan gemilang dibawah kepimpinan Premier, banyak pendekatan yang di bawah Premier untuk membangunkan wilayah Sarawak ini dengan berasaskan kepada ekonomi baru, digital ekonomi dan ekonomi berasaskan tenaga hijau.

“Kita lihat bahawa Sarawak telah diiktiraf antara negeri yang membangun begitu cepat di Malaysia dan dengan kepimpinan Premier, kita yakin Sarawak akan dapat mencapai status wilayah maju berpendapatan tinggi 2030,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Pertandingan Mr Body Builder dan Mr Wonderful Sempena Hari Bukit Mas 2024 di Amphitheatre Tebingan Sungai Limbang pada Sabtu.

Dr Abdul Rahman berkata lagi pengambilalihan Affin Bank Berhad oleh kerajaan Sarawak satu langkah tetap ke arah menjadikan Sarawak wilayah maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2030.

Manakala katanya pengambilalihan MASwings adalah untuk membolehkan Sarawak menubuhkan syarikat penerbangannya sendiri dengan kadar tambang yang lebih berpatutan untuk rakyatnya.

Justeru katanya rakyat di Sarawak perlu terus berdiri teguh dengan menyokong segala usaha membangunkan Sarawak.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan