Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Atlet sukan tarian, Cherry Yeo Xiao Wei mencipta sejarah sebagai rakyat Malaysia pertama meraih Piala Dunia Latin Solo Persekutuan Sukan Tarian Dunia di Belgrade, Serbia. Foto Malaysia Dancesport Federation (FB)

Cherry cipta sejarah rakyat Malaysia pertama raih Piala Dunia Latin Solo

ByBernama

KUALA LUMPUR, 5 Okt: Atlet sukan tarian, Cherry Yeo Xiao Wei mencipta sejarah sebagai rakyat Malaysia pertama meraih Piala Dunia Latin Solo Persekutuan Sukan Tarian Dunia di Belgrade, Serbia, pada Jumaat.

Persekutuan Dance Sport Malaysia (MYDF) dalam kenyataan memaklumkan atlet berusia 19 tahun itu mempamerkan bakat dan gerak tari luar biasa, sekali gus membantunya mengungguli tempat teratas dalam kategori Latin Solo.

Wakil tunggal dari Malaysia itu mengatasi atlet Itali Giorgia Santella, yang membawa pulang pingat perak manakala Chan Hei Lam dari Hong Kong memperoleh gangsa.

“Kejayaan pasukan sukan tarian Malaysia tidak mungkin dicapai tanpa dedikasi dan bimbingan daripada jurulatih, Chua Zjen Fong dan Evon Chong daripada MY DanceSport Academy.

“Komitmen mereka dalam mengasah bakat atlet menjadi kunci bagi mencapai kejayaan cemerlang ini. Penghargaan juga kepada Kementerian Belia dan Sukan, MYDF serta Persatuan Dancesport Kuala Lumpur (KLDSA) atas sokongan diberikan,” menurut kenyataan itu.

Bulan lepas, Cherry merangkul gelaran Terbuka London 2024. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan