Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima darjah kebesaran tertinggi negeri Sabah, pada Sabtu. Foto Pejabat Premier Sarawak

Abang Johari dahului senarai penerima darjah kebesaran Sabah

ByOdleen Catherny

KOTA KINABALU, 5 Okt: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendahului seramai 1,373 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat kehormat sempena Sambutan Hari Jadi Rasmi ke-71 Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu di sini, pada Sabtu.

Abang Johari adalah antara empat penerima darjah kebesaran tertinggi negeri Sabah, Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima.

Turut menerima SPDK ialah Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Christina Liew; Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan ahli perniagaan, Datuk Kumar Prabakaran.

Turut hadir isteri Abang Johari, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang.

Hadir sama mengiringi Premier Sarawak selaku menteri pengiring adalah Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (Utiliti) Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan