Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan waris dua kes kematian mengejut

7 motosikal disita dalam Operasi Bersepadu IPD Kota Samarahan

KOTA SAMARAHAN, 5 Okt: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan telah menjalankan Operasi Bersepadu Dalaman di Jalan Datuk Mohd Musa dan sekitar kawasan Desa Ilmu di sini baru-baru ini.

Operasi bermula jam 11 malam berakhir jam 3 pagi itu diketuai Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Kota Samarahan, ASP James Jims Ngadin Riis bersama seorang pegawai dan 22 anggota.

Ketua Polis Daerah Samarahan, Deputi Superintendan Jaimi Husin berkata, sebanyak 40 keping saman melibatkan pelbagai kesalahan antaranya tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh, plat “fancy” dan ubah suai kenderaan dikeluarkan.

“Dalam operasi ini sebanyak 50 buah motosikal, 50 orang telah diperiksa dan tujuh buah motosikal telah disita,” katanya.

Katanya, pihak polis mengalu-alukan maklumat daripada orang awam berkaitan sebarang aktiviti Samseng Jalanan serta mematuhi undang-undang jalan raya.

“Penguatkuasaan dan operasi ini akan sentiasa dilaksanakan bagi memastikan orang awam mematuhi peraturan jalan raya,” tegasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan