Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki warga emas maut selepas kereta dipandu melanggar pokok di Jalan Kidurong, Bintulu, pagi tadi. Foto JBPM

Warga emas maut, kereta dipandu langgar pokok

BINTULU, 4 Okt: Seorang lelaki warga emas maut selepas kereta dipandunya melanggar pokok di Jalan Kidurong di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian itu, identiti mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Dai Swee Fah @ Tai Swee Fah,67.

Komander Operasi, Harisson Dawi berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 8.55 pagi sejurus itu menggerakkan enam anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kidurong ke lokasi kejadian.

“Kemalangan kendiri melibatkan sebuah kereta Perodua kancil yang melanggar sebatang pokok di tepi jalan.

“Terdapat seorang mangsa lelaki tersepit di tempat duduk bahagian pemandu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pihak bomba bertindak mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan menyelamat untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

“Setelah mangsa berjaya dikeluarkan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Pegawai Perubatan KKM telah mengesahkan mangsa telah meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya.

Katanya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan