Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato

Tiga penghuni berdepan detik cemas rumah dipecah masuk sekumpulan perompak

ByBernama

SHAH ALAM, 4 Okt: Tiga penghuni banglo tiga tingkat berdepan detik cemas apabila kediaman mereka disamun 12 individu bersenjatakan parang dalam kejadian di Jalan Jagong, Pandamaran, Klang, dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong berkata dalam kejadian kira-kira 5 pagi itu kesemua suspek dipercayai warga tempatan tiba di hadapan rumah mangsa dengan menaiki dua kereta sebelum memanjat tembok dan memecahkan jeriji pintu utama.

Beliau berkata suspek yang kesemuanya bertopeng kemudian bertindak mengikat mangsa sebelum menggeledah banglo berkenaan serta melarikan wang tunai, patung sembahan dan barang kemas dengan anggaran kerugian sebanyak RM600,000.

“Semasa kejadian, seorang penghuni berjaya menghubungi polis sekitar 6.16 pagi dan anggota peronda yang tiba di lokasi mengesahkan kejadian samun berkawan menggunakan parang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Cha berkata seorang penghuni rumah iaitu lelaki berusia 37 tahun cedera di bahu kiri akibat ditetak dengan parang.

Polis sedang giat memburu suspek selain memohon kerjasama orang ramai untuk tampil memberikan maklumat di balai polis berhampiran atau menghubungi talian 03-33762222 bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan