Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato

Taufan Krathon ragut lima nyawa di utara Filipina

ByBernama

MANILA, 4 Okt: Lima orang terkorban selepas Taufan Krathon melanda utara Filipina, lapor agensi berita Jerman (dpa) memetik kenyataan agensi bencana negara pada Jumaat.

Seramai empat mangsa maut di Wilayah Ilocos, kebanyakannya akibat lemas, manakala seorang lagi maut akibat terkena renjatan elektrik di Lembah Cagayan.

Angin kencang dan hujan lebat melanda wilayah pulau Batanes, Wilayah Ilocos, kawasan pergunungan Cordillera, dan Lembah Cagayan menyebabkan kejadian banjir dan tanah runtuh.

Ratusan penduduk terpaksa meninggalkan kediaman mereka dan mencari tempat perlindungan.

Kerosakan infrastruktur dianggarkan melebihi 700 juta peso (US$12.7 juta), manakala kerugian pertanian melebihi 300 juta peso. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan