Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Roslan (dua kanan) mengabadikan kenangan Sutra Band pada pentas Borneo Arts Festival (BAF) 2024 di Labuan. Foto TVS

Sutra Band gegarkan pentas BAF 2024 dengan budaya Sarawak

LIMBANG, 4 Okt: Kumpulan muzik dari Sarawak, Sutra Band mengegarkan pentas Borneo Arts Festival (BAF) 2024 anjuran Perbadanan Labuan dengan persembahan muzik tradisional berkumpulan baru-baru ini.

Sutra Band yang berasal dari Limbang dan Lawas terpilih mewakili Sarawak dianggotai enam pemuzik tempatan dari Limbang berpengalaman luas dalam bidang muzik tempatan selain mengetengahkan penyanyi berpengalaman tempatan Riana Tamizi.

Pengasas Sutra Band, Roslan Ismail, 53, tidak menyangka sambutan luar biasa diterima kumpulannya di pentas berprestij itu ketika membuat persembahan muzik dan lagu tradisional.

Kata Roslan, pihaknya turut berbesar hati dapat berkonsi pentas yang sama dengan kumpulan pemuzik gabungan kumpulan pemuzik Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Sebagai kumpulan dari Sarawak kami berasa teruja dan gembira kerana dapat membuat persembahan di pentas BAF bertaraf antarabangsa.

“Kami dapat mencungkil bakat seni tempatan serta boleh dikembangkan dan dipromosikan selain dapat memperkenalkan Sarawak kepada luar,” katanya ketika dihubungi media pada Khamis.

Katanya, kali pertama kumpulan itu mewakili Sarawak di pentas sama pada 2022 dan kali ini mereka menampilkan tiga lagu tradisional iaitu Aladom (irama gambus), Puteri Santubong dan Laksamana Raja di Laut.

BAF 2024 melabuhkan tirainya 30 September lepas selepas tiga hari berlangsung menyaksikan lebih 1,000 peserta dari Sabah, Sarawak, Semenanjung Malaysia, dan Brunei.

BAF dimeriahkan dengan kehadiran Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa yang turut menyifatkan BAF 2024 jambatan hubungan antarabangsa yang mempamerkan warisan dan identiti budaya pelbagai etnik di kepulauan Borneo. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan