Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan fail TVS

Ribut petir dijangka landa hampir semua negeri petang ini

ByBernama

KUALA LUMPUR, 4 Okt: Ribut petir atau hujan lebat diramal berlaku di hampir semua negeri hingga 4 petang ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Menerusi amaran dikeluarkan pada 1.45 tengah hari ini, MetMalaysia memaklumkan ribut petir atau hujan lebat dijangka melanda seluruh Perlis, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Melaka.

Keadaan cuaca sama dijangka melanda sebilangan besar Sabah termasuk Sipitang, Tenom, Beaufort, Keningau, Nabawan, Tambunan, Kinabatangan, Beluran serta Sandakan selain di Terengganu iaitu di Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.

Di Perak, keadaan sama dijangka berlaku antaranya di Larut, Matang, Selama, Kuala Kangsar, Kampar, Kinta dan Muallim; Selangor (Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang) serta Pahang (Jerantut dan Maran).

MetMalaysia turut meramalkan cuaca sama di Negeri Sembilan iaitu Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin; Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat dan Pontian) serta Kuala Krai di Kelantan.

Turut dijangka mengalami ribut petir dan hujan lebat adalah Kuching, Samarahan, Betong, Sarikei, Mukah, Miri dan Limbang di Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan