Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Vladimir Putin terbuka untuk sebarang pertemuan, termasuk dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden, tetapi setakat ini belum ada perbincangan antara Moscow dan Washington mengenai perkara itu. Foto fail AFP

Putin terbuka untuk bertemu Biden, tetapi tiada perbincangan setakat ini – Kremlin

ByBernama

MOSCOW, 4 Okt: Presiden Vladimir Putin terbuka untuk sebarang pertemuan, termasuk dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden, tetapi setakat ini belum ada perbincangan antara Moscow dan Washington mengenai perkara itu, lapor agensi berita Rusia (TASS), memetik jurucakap Presiden Rusia Dmitry Peskov pada Jumaat.

Presiden Biden sebelum ini memberitahu TASS bahawa beliau mungkin mengadakan perbincangan dengan Putin di luar Sidang Kemuncak G20 di Brazil November ini.

“Belum ada perbincangan mengenai perkara ini dan setakat hari ini, pada masa ini, tiada prasyarat untuk itu,” kata Peskov. “Bagaimanapun, Presiden (Rusia) berulang kali menyatakan beliau terbuka untuk semua hubungan.”

Pada 3 Oktober, Presiden Biden tidak menolak kemungkinan pertemuan dengan Presiden Rusia Putin pada Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) atau Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) akan datang, tetapi menyatakan keraguan bahawa pemimpin Rusia itu akan hadir.

“Saya ragu-ragu bahawa Putin akan muncul,” kata Biden, ketika ditanya oleh koresponden TASS sama ada beliau bersedia untuk mengadakan perbincangan dengan Presiden Rusia pada sidang kemuncak November bagi membincangkan isu Ukraine dan keselamatan antarabangsa.

Biden membuat kenyataan itu semasa menjawab soalan pemberita di luar Rumah Putih sebelum berlepas ke Tallahassee, Florida, untuk meninjau usaha bantuan selepas Taufan Helene.

Sidang Kemuncak G20 dijangka berlangsung di Brazil dari 18 hingga 19 November. Tarikh rasmi Sidang Kemuncak APEC di Peru ialah 9 hingga 16 November. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan