Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Foto TVS

Premier Sarawak dahului senarai penerima darjah kebesaran Sabah

KUCHING, 4 Okt: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendahului senarai 1,373 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat kehormat sempena Sambutan Hari Jadi Rasmi ke-71 Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, pada Sabtu.

Pemimpin tertinggi Kerajaan Sarawak itu dianugerahkan pingat kebesaran tertinggi negeri, Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima.

Selain Abang Johari, tiga penerima lain pingat SPDK ialah, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dan ahli perniagaan perkapalan Datuk Kumar Prabakaran.

Sementara itu, seramai 87 penerima dianugerahkan pingat Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran Datuk.

Antara yang menerima PGDK termasuklah Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah Peto Galim, Pembantu Menteri Kewangan Tan Lee Fatt, Panglima 5 Briged Brig Jen Mohd Zamri Abdullah dan Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) Josie Lai Mei Sing.

Turut tersenarai menerima PGDK ialah Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Sabah, Senior Asisten Komisioner, Azmi Abd Rahim, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kontinjen Sabah Senior Asistant Komisioner Mohd Azhar Hamin, Naib Canselor University College Sabah Foundation (UCSF) Dr Rafiq Idris serta Ketua Pengarang The Borneo Post Sabah, Datuk Chiew Nai Wen.

Dalam pada itu, seramai 10 menerima anugerah Jaksa Pendamai (JP) diketuai Bakri @ Norzaidi Ali Omar diikuti Datuk Ewon Benedick, Datuk Guan Ka Hock, Datuk Seri Panglima Joachim Gunsalam, Juddy Chu Yen Tien, Datuk Kasim Mansor, Koh Siew Boon, Datuk Liew Kim Choong, Yee Tsai Yiew dan Datuk Zakaria Mohd Edris @ Tubau.

Seramai 116 menerima Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK), manakala sebanyak 274 menerima Ahli Darjah Kinabalu (ADK) dan 320 menerima Bintang Setia Kinabalu (BSK).

Seramai 421 menerima Bintang Kinabalu (BK) dan 144 lagi menerima Pingat Perkhidmatan Terpuji (PPT).-TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan