Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato

Pelaburan langsung syarikat China ke negara terlibat BRI lebih US$330 bilion

ByBernama

BEIJING, 4 Okt: Setakat penghujung 2023, pelaburan langsung lebih US$330 bilion (RM1.4 trilion) direkodkan dalam pengoperasian 17,000 syarikat China di negara yang terlibat dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

Menurut perangkaan daripada Kementerian Perdagangan China, pelaburan langsung perusahaan China terhadap negara yang terkait dengan BRI pada 2023 meningkat 31.5% dengan mencatat US$40.71 bilion (RM172 bilion). Modal itu terutamanya ditanam dalam bidang industri pembuatan, pembinaan, perdagangan borong serta runcit, dan bekalan elektrik.

Serentak itu, setakat penghujung 2023, perusahaan China mencipta 530,000 peluang pekerjaan untuk penduduk dari negara yang terkait dengan BRI melalui pembinaan sejumlah zon kerjasama ekonomi dan perdagangan yang kesemuanya menelan peruntukan kewangan kira-kira US$73 bilion (RM308 bilion).

Pada 2023 juga, perusahaan China menandatangani kontrak kejuruteraan yang bernilai US$227.16 bilion (RM958 bilion) dengan negara kerjasama BRI dan menjana pendapatan sebanyak US$132.05 bilion (RM557 bilion) dalam pengoperasian tempatan, dengan 70% projek kendaliannya merupakan yang berkaitan dengan infrastruktur, termasuk sebilangan projek mega kejuruteraan ikonik dan projek kecil yang berkaitan rapat dengan hidup rakyat.

Pelaburan perusahaan China di luar pesisir dilaporkan sangat kondusif bagi menggalakkan pembangunan sosioekonomi tempatan dan peningkatan taraf hidup rakyat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan