Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Longshoremen dengan International Longshoremen’s Association (ILA) dan penyokong mereka di luar Terminal Marin Dundalk di Pelabuhan Baltimore pada 01 Oktober 2024 di Baltimore, Maryland. Foto AFP

Pekerja pelabuhan AS tamatkan mogok dengan perjanjian tentatif dicapai

ByBernama

NEW YORK, 4 Okt: Sebuah kesatuan pekerja maritim utama Amerika Syarikat, International Longshoremen’s Association (ILA) mengumumkan pada Khamis bahawa ia telah mencapai persetujuan tentatif dengan pengendali mengenai gaji dan menyambung semula semua kerja serta-merta, lapor Xinhua.

ILA, yang mewakili kira-kira 45,000 pekerja dermaga di seluruh Pantai Timur dan Pantai Teluk AS, manakala United States Maritime Alliance (USMX), sebuah kumpulan yang mewakili pengendali pelabuhan dan pengendali kapal, bersetuju untuk melanjutkan perjanjian induk mereka sehingga 15 Jan 2025 untuk memudahkan rundingan mengenai semua isu tertunggak lain, kata siaran bersama oleh ILA dan USMX.

Pekerja pelabuhan dari 36 pelabuhan di Pantai Timur dan Pantai Teluk AS memulakan mogok pada Selasa selepas perjanjian utama sebelum ini tamat pada 30 September.

Sebagai mogok besar-besaran pertama oleh ILA sejak 1977, ia menarik perhatian global serta menimbulkan kebimbangan terhadap kesan kepada rantaian bekalan, ekonomi, inflasi, dan pilihan raya AS.

Dilaporkan berlaku pembelian panik di kedai runcit besar dan pasar raya di beberapa negeri pada Khamis, dengan lebih 40 kapal kontena tersadai di luar pelabuhan AS akibat mogok itu.

Presiden AS Joe Biden menyatakan bahawa beliau tidak akan menguatkuasakan Akta Taft-Hartley untuk menamatkan mogok itu, sebaliknya menyokong para pekerja dan mengarahkan pegawai tinggi untuk mempercepatkan rundingan.

ILA menuntut kenaikan gaji US$5 sejam bagi setiap enam tahun dalam kontrak utama baharu, menurut Presiden ILA, Harold Daggett.

“Selain itu, kami mahu bahasa yang ketat bagi memastikan tiada automasi atau semi-automasi, dan kami menuntut semua wang Royalti Kontena disalurkan kepada ILA,” kata Daggett.

Tuntutan ILA untuk kenaikan gaji menterjemahkan kepada peningkatan sebanyak 77 peratus dalam enam tahun akan datang manakala USMX bersetuju dengan kenaikan hampir 50 peratus, menurut laporan.

Perkembangan positif ini tercapai selepas USMX menawarkan kenaikan 62 peratus dalam gaji sepanjang enam tahun akan datang, menurut laporan The Wall Street Journal memetik orang yang arif mengenai perkara itu.

Butiran perjanjian mengenai kenaikan gaji belum didedahkan setakat ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan