KUCHING, 4 Oktober: Skuad badminton AZAM Fit and Fun Club mula bersaing di Liga Uniti 2024, bertempat di Dewan Badminton Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Kampus Wilayah Sarawak esok.
Presiden AZAM Fit and Fun Club, Hassnal Hakim Junaidi, dalam satu kenyataan berkata, pelbagai organisasi turut menyertai liga tersebut bagi berentap bagi merebut gelaran juara.
“Kelab ini berdedikasi untuk mempromosikan gaya hidup sihat dan memupuk kerja berpasukan melalui sukan,”katanya.
Tambah Hassnal lagi, kelab tersebut juga sentiasa menggalakkan persaingan sihat dan penyertaan aktif dalam kalangan ahli dan kakitangan.
“Liga Uniti tahun ini menunjukkan komitmen kami dan kemajuan yang telah kami capai.
Baru-baru ini pasukan futsal kami turut menduduki tempat ke-12 daripada 25 pasukan,” tambahnya.
Justeru itu, Hassnal yakin, skuad badminton itu mampu bersaing dengan pasukan terbaik di luar sana selain bersedia untuk mencapai kejayaan yang lebih hebat lagi. – TVS