Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Lukanisman bergambar bersama-sama warga Klinik Kesihatan Nanga Medamit. Foto TVS

KKM kenal pasti kaedah terbaik dapatkan kontraktor kompeten

LIMBANG, 4 Okt: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti kaedah terbaik untuk mendapatkan kontraktor kompeten bagi membina klinik daif di seluruh negara termasuk Klinik Kesihatan Long Napir yang dikategorikan sebagai projek sakit.

Timbalan menterinya, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, pembinaan Klinik Kesihatan Long Napir sudah diluluskan dalam Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10) namun gagal dilaksanakan dan kontraktor dilantik sudah ditamatkan perkhidmatan.

Menurutnya, KKM akan menggunakan kaedah tanggungjawab sosial korporat (CSR) pihak swasta dan korporat untuk melaksanakan pembinaan klinik tersebut seperti di Long Sukang.

“Kita sedang mengenal pasti kaedah untuk mendapatkan kontraktor yang kompeten iaitu yang  mempunyai pengalaman dalam pembinaan klinik kesihatan kalau dalam bahasa Sarawak bukan kontraktor ‘cincai’.

“Selain itu ada kaedah yang telah kita bincang bersama MOF dan Kerajaan Sarawak yang mana kita mempunyai satu kaedah dinamakan CSR yang berjaya dilaksanaka di Long Sukang,” katanya

Beliau berkata demikian pada Lawatan ke Klinik Kesihatan Nanga Medamit dan Klinik Kesihatan Batu Danau sempena Program Jelajah Sarawak Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia hari ini.

Lukanisman menjelaskan, penglibatan pihak swasta dan korporat penting kerana mereka mempunyai akses lebih mudah untuk pergi ke luar bandar dan mempunyai pekerja serta bahan pembinaan untuk ke Long Napir.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan