Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan AFP

Kanser, penyakit jantung, pneumonia antara punca kematian utama di Korea Selatan pada 2023

ByBernama

SEOUL, 4 Okt: Kanser, penyakit jantung, dan pneumonia merupakan antara punca kematian utama di Korea Selatan tahun lepas, menurut data pejabat statistik pada Jumaat, lapor Xinhua.

Kanser menyebabkan 166.7 kematian bagi setiap 100,000 penduduk Korea Selatan pada 2023, meningkat daripada 162.7 kematian pada tahun sebelumnya, menurut Statistik Korea. Ia terus menduduki tempat pertama sejak data berkaitan mula dikumpul pada 1983.

Dalam kalangan kematian berkaitan kanser, kadar kematian akibat kanser paru-paru mencatatkan yang tertinggi dengan 36.5 kematian bagi setiap 100,000 orang, diikuti kanser hati pada 19.8, kanser colorectal pada 18.3, kanser pankreas pada 15.0, dan kanser gastrik pada 14.1.

Punca kematian kedua tertinggi ialah penyakit jantung, yang menyebabkan 64.8 kematian bagi setiap 100,000 orang tahun lepas.

Pneumonia berada di tempat ketiga dengan kadar kematian sebanyak 57.5 bagi setiap 100,000 orang pada 2023, naik sedikit daripada tempat keempat pada 2022.

Dalam senarai 10 punca kematian utama, penyakit cerebrovascular mencatatkan 47.3 kematian bagi setiap 100,000 orang, diikuti penyakit Alzheimer pada 21.7, diabetes pada 21.6, penyakit hipertensi pada 15.6, dan keracunan darah pada 15.3.

Bunuh diri berada di tempat kelima dengan kadar kematian sebanyak 27.3 bagi setiap 100,000 orang pada 2023, meningkat daripada 25.2 kematian pada tahun sebelumnya.

Bunuh diri merupakan punca kematian utama dalam kalangan individu berusia belasan tahun, 20-an, dan 30-an tahun lepas.

Jumlah kematian di negara ini adalah sebanyak 352,511 pada 2023, menurun 5.5 peratus berbanding tahun sebelumnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan