Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Roland Sagah Wee Inn melakukan simbolik perasmian pecah tanah tapak Gereja Baharu St Paul's Chapel Tarat Malawi di Tarat pada Jumaat. Foto TVS

Kampung Tarat Malawi bakal miliki gereja baharu

TARAT, 4 Okt: Bangunan baharu Gereja Saint Paul’s di Kampung Tarat Malawi dibina dengan kos RM400,000 untuk fasa pertama dan mengambil masa enam bulan untuk disiapkan.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, kos pembinaan gereja tersebut menggunakan peruntukan di bawah Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR).

Menurutnya, pembinaan tersebut adalah untuk memberi keselesaan kepada penduduk setempat beribadah.

“Gereja ini diyakini mampu menampung 800 penganut Kristian di Kampung Tarat Malawi untuk melakukan ibadah dalam satu-satu masa.

“Kawasan ini lebih kurang seluas lebih satu ekar tetapi kawasan untuk dibina gereja kira-kira 160 kaki.

“Ini (gereja) dapat digunakan oleh 800 penganut dan setakat ini memang mencukupi,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Pecah Tanah Tapak Baharu Gereja Saint Paul’s Chapel Tarat Malawi di Tarat pada Jumaat.

Tambahnya, kos keseluruhan pembinaan gereja tersebut dianggarkan bernilai RM1.6 juta dengan RM400,00 telah disalurkan bagi fasa pertama.

Manakala baki akan dipohon secara berperingkat dengan UNIFOR bagi meneruskan pembinaan seterusnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan