Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebanyak 47 pemandu dikesan tidak memakai tali pinggang keledar semasa operasi berfokus selama kira-kira tiga jam di Jalan Muthu Palaniappan di sini kelmarin. Foto JPJ Pulau Pinang

JPJ keluarkan 47 saman tidak pakai tali pinggang keledar

BUKIT MERTAJAM, 4 Okt: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan 47 keping saman kepada pemandu tidak mematuhi pemakaian tali pinggang keledar dalam operasi di Jalan Muthu Palaniappan di sini pada Khamis.

JPJ Pulau Pinang dalam kenyataan berkata, penguatkuasaan secara berfokus di kawasan tersebut dibuat oleh Unit Falcon JPJ negeri dengan mengambil masa kira-kira tiga jam.

“Penguatkuasaan dibuat dibawah Kaedah 4, Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Tali Pinggang Keledar) 1978 iaitu bagi kesalahan tidak pakai tali pinggang keledar semasa memandu.

“Sebanyak 47 notis saman dikeluarkan kepada pemandu kenderaan yang tidak mematuhi peraturan itu semasa memandu,” kata kenyataan itu hari ini.

Tambah kenyataan tersebut, pemandu kenderaan persendirian dinasihati supaya mematuhi peraturan pemakaian tali pinggang keledar bagi memastikan keselamatan semasa memandu.

Dalam perkembangan lain, pihaknya juga turut mengesan kenderaan perkhidmatan barangan (KPB) seperti lori yang melakukan kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah-kaedah dibawahnya serta Akta Pengangkutan Awam Darat APAD 2010 menerus operasi berasingan di negeri ini.

“Antara kesalahan yang dikesan termasuklah membawa lebih muatan, membawa muatan secara merbahaya, membawa kayu penyendal secara bahaya dan memandu di lorong kanan berterusan.

“Selain itu, ada yang mengguna telefon bimbit semasa memandu, tiada Lesen Memandu Kenderaan Barangan (GDL), tayar haus berlebihan, pasang strobe light tanpa kebenaran, lampu brek dan isyarat tidak berfungsi serta tidak selenggara kenderaan dengan baik,” kata kenyataan itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan