Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Luar Itali Antonio Tajani. Foto fail AFP

Itali pindahkan 180 rakyatnya dari Lubnan guna penerbangan sewa khas

ByBernama

ROM, 4 Okt: Itali memindahkan kira-kira 180 rakyatnya dari Lubnan menggunakan penerbangan sewa khas yang diatur oleh Kementerian Luar Negeri, kata Menteri Luar Itali Antonio Tajani pada Jumaat, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Pesawat yang membawa 178 warga Itali dan empat warga Finland itu tiba di Rom pada malam Khamis, manakala penerbangan sewa khas seterusnya akan diatur dalam tempoh beberapa hari akan datang, kata Tajani.

“Kami terus memantau keadaan warga Itali di Lubnan melalui kedutaan kami di Beirut dan unit pengurusan krisis.

“Kami bersedia mengambil apa sahaja langkah untuk memastikan keselamatan rakyat, namun buat masa ini, kami tidak merancang sebarang pemindahan penuh,” katanya.

Menteri itu berulang kali menggesa rakyat Itali untuk meninggalkan Lubnan menggunakan penerbangan komersial berikutan situasi yang semakin meruncing.

Negara-negara Eropah yang lain, seperti Sepanyol dan Jerman turut mengambil langkah sama dengan memindahkan rakyat mereka dari Lubnan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan