Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kedutaan Besar Malaysia di Beirut akan terus memantau keadaan dan menyediakan bantuan yang diperlukan. Foto AFP

Empat selamat tiba di tanah air, usaha pemindahan baki rakyat Malaysia dari Lubnan diteruskan – Wisma Putra

ByBernama

PUTRAJAYA, 4 Okt: Kementerian Luar Negeri mengesahkan bahawa seramai empat rakyat Malaysia selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lubnan pada pagi ini.

Seorang lagi rakyat Malaysia dijadualkan tiba pada petang hari yang sama.

Menurut kenyataan kementerian pada Jumaat, Kedutaan Besar Malaysia di Beirut memudahcara pelepasan mereka dari Beirut melalui pesawat komersial.

“Usaha sedang giat dijalankan untuk memastikan bahawa baki rakyat Malaysia dan ahli keluarga yang masih berada di Lubnan, berjumlah 16 orang akan berjaya dievakuasi dengan selamat,” menurut kementerian itu yang turut dikenali sebagai Wisma Putra.

Kementerian juga komited dalam memastikan keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia di Lubnan.

“Kedutaan Besar Malaysia di Beirut akan terus memantau keadaan dan menyediakan bantuan yang diperlukan,” menurut kenyataan itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan