Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Batalion Ketiga Rejimen Renjer Diraja (3 RRD) telah melaksanakan Lembaga Kenaikan Pangkat (Dalaman) Kor Infantri Pasukan bagi Pegawai Tidak Tauliah Rendah (PTTR) mulai 30 Sep hingga 4 Okt 24. Foto Briged Kesembilan Infantri Malaysia (FB)

Eksesais Haringgaroo: Penduduk diminta tidak berburu di kawasan latihan

ByBernama

SIBU, 4 Okt: Briged Kesembilan Infantri Malaysia akan melaksanakan Eksesais HARINGGAROO Siri 74/2024 di antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Darat Australia (TDA) mulai 17 hingga 31 Oktober 2024.

Latihan bilateral Batalion Ketiga Rejimen Renjer Diraja (TDM) dan Rifle Company Butterworth (TDA) itu akan dilaksanakan di kawasan am Sibu-Stapang-Nanga Sekuau.

Sehubungan itu, Divisyen Pertama Infantri Malaysia dalam satu kenyataan di sini hari ini menasihati pengguna jalan raya, pemilik kawasan ladang, kebun dan penduduk setempat agar tidak melakukan sebarang aktiviti pemburuan binatang atau lain-lain aktiviti di kawasan latihan.

Ini bagi menjamin keselamatan latihan yang dilaksanakan.

Panglima 9 Briged Infantri Malaysia Brig Jen Ahmad Norzaini Badrun mengatakan bahawa objektif utama latihan adalah bagi mengeratkan lagi hubungan di antara TDM dan TDA dalam memperkasakan latihan bersama.

Beliau memohon warga tempatan dan penduduk kampung di sekitar kawasan latihan supaya memberi kerjasama baik kepada pasukan tentera yang sedang berlatih. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan