KUCHING, 4 Okt: Program webinar bersiri daripda pakar kesihatan terkenal akan dianjurkan bagi meningkatkan kesedaran tentang penyakit Alzheimer dalam kalangan masyarakat akan diadakan sepanjang Oktober dan November depan.
Sesi pertama, ‘Alzheimer’s 101: Fakta Mengejutkan yang Ramai Terlepas Pandang’ pada 19 Oktober akan dikendalikan oleh Dr. Ling Jia Nee bagi memberi pendedahan secara mendalam berkaitan Alzheimer, gejala serta impak terhadap pesakit dan keluarga.

âRamai yang tidak sedar betapa pentingnya diagnosis awal untuk penjagaan dan perancangan masa depan,â katanya.
Dalam sesi ini, katanya peserta akan didedahkan kepada pelbagai fakta mengenai Alzheimer yang sering diabaikan oleh orang ramai serta cara mengesan penyakit ini pada peringkat awal.
Sesi bertajuk “Essential Care: Must-Know Tips for Alzheimerâs Caregivers” akan dibentangkan Dr. Tiong Ing Khieng pada 26 Oktober ini.

“Sesi ini akan memberi penekanan pada strategi penjagaan praktikal yang boleh digunakan untuk memudahkan urusan harian penjaga, serta cara menangani tingkah laku mencabar dengan lebih efektif,” katanya.
Manakala, sesi terakhir pada 2 November, dikendalikan oleh Mr. Kent Chau Tak Bin yang akan membincangkan isu “Dilema Penjagaan: Penjagaan di Rumah, Pusat Harian, atau Rumah Jagaan?”.

Menurutnya, ramai penjaga sering berhadapan dengan dilema sama ada untuk terus menjaga pesakit di rumah atau mencari bantuan dari pusat penjagaan.
Sesi ini akan membantu penjaga membuat keputusan yang paling sesuai berdasarkan keperluan pesakit dan sumber yang ada.
Webinar ini turut menyediakan sesi soal jawab selepas setiap sesi bagi membolehkan peserta mendapatkan panduan lanjut secara langsung daripada pakar.
Penjaga pesakit Alzheimer digalakkan untuk menyertai webinar ini bagi mendapatkan maklumat terkini tentang penjagaan yang terbaik untuk orang tersayang mereka.
Program webinar bersiri ini akan diteruskan dengan sesi bertajuk âDilema Penjagaan: Penjagaan di Rumah, Pusat Harian, atau Rumah Jagaan?â yang dijadualkan berlangsung pada 2 November, dari jam 8 malam hingga 9 malam, diikuti sesi soal jawab selama 30 minit. Sesi ini akan dibentangkan oleh Mr. Kent Chau Tak Bin, seorang pakar dalam bidang penjagaan pesakit Alzheimer.

Dalam sesi ini, peserta akan mempelajari cara membuat keputusan paling sesuai mengenai pilihan penjagaan untuk orang tersayang, sama ada di rumah, pusat penjagaan harian, atau rumah jagaan. Mr. Kent akan membincangkan aspek penjagaan di rumah, termasuk cabaran emosi dan fizikal yang mungkin dihadapi oleh penjaga, serta potensi bahaya keselamatan yang mungkin timbul apabila kekurangan sokongan perubatan.
Bagi penjagaan harian pula, peserta akan diperkenalkan kepada faedah yang boleh diperoleh apabila pesakit Alzheimer menyertai aktiviti yang memperbaiki kualiti hidup mereka di pusat harian, sementara penjaga mendapat masa rehat. Sesi ini juga akan mengupas kriteria penting untuk memilih pesakit yang sesuai dengan penjagaan di pusat harian.
Seterusnya, untuk penjagaan di rumah jagaan, Mr. Kent akan memberikan panduan dalam memilih rumah jagaan yang menyediakan perkhidmatan profesional 24/7, terutamanya apabila pesakit memerlukan perhatian berterusan.
Sesi berikutnya pada 9 November pula akan dikendalikan oleh Dr. Sally Suriani Ahip dan Dr. Azizah Saie, bertajuk âBuilding a Support Network and Promoting Well-beingâ. Dalam sesi ini, peserta akan dibimbing tentang bagaimana membina rangkaian sokongan dalam komuniti bagi penjaga dan pesakit Alzheimer.
Antara topik yang dibincangkan termasuk peranan penting profesional kesihatan dalam memberikan bimbingan sepanjang perjalanan penjagaan, kekuatan unik wanita sebagai penjaga utama, serta teknik untuk menjaga kesihatan mental pesakit Alzheimer dan penjaga mereka. Peserta juga akan diajar tentang advokasi serta kepentingan kesedaran awam dalam mengubah persepsi tentang Alzheimer.
Program ini menyediakan platform penting bagi penjaga untuk belajar daripada pakar, mengembangkan pengetahuan mereka, dan mendapatkan sokongan daripada komuniti yang memahami cabaran dalam menjaga pesakit Alzheimer.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web yang telah disediakan.