Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala menyempurnakan perasmian majlis.

Sarawak komited tangani isu pekerja asing di ladang kelapa sawit

ByVanessa Enjop

MIRI, 3 Okt: Sektor perladangan kelapa sawit yang kini didominasi oleh Tenaga Kerja Indonesia (TKI) berdepan isu serius berkaitan kemasukan pekerja tanpa izin, kata Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala.

Menurutnya Kerajaan Sarawak memandang serius dengan beberapa laporan berkaitan kemasukkan pekerja tanpa izin serta tidak mempunyai permit kerja yang sah daripada Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak.

“Pada awal tahun ini, kerajaan Sarawak telah memohon tempoh lanjutan bagi perlaksanan Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK 2.0) kepada 30 Jun tahun ini.

“Manakala, verifikasi serta pengeluaran Pas Lawatan Kerja Sementara turut dilanjutkan, masing-masing hingga 30 September dan 31 Disember ini,” katanya ketika merasmikan Majlis Penghargaan Pekerja Masyarakat Penan (Metalun) anjuran Danum Sinar Sdn Bhd hari ini.

Gerawat menambah satu Unit telah ditubuhkan di Jabatan Premier Sarawak iaitu Unit Pengurusan Imigresen Dan Buruh (ILMU), Unit ini telah diwujudkan pada 01 Oktober 2021 melalui penyerapan kakitangan sedia ada daripada Unit Pentadbiran.

Dalam pada itu, tambahnya Kerajaan Sarawak melalui Unit Pengurusan Imigresen dan Buruh (ILMU) sedang membangunkan satu sistem holistik dan komprehensif iaitu sistem Foreign Workers Transformation Approach (FWTA) untuk menambahbaik proses pengambilan pekerja asing/pekerja bukan pemastautin di Sarawak.

“Kerajaan Sarawak juga telah bersetuju untuk meminda SLO bagi memastikan ia selari dengan Konvensyen Buruh Antarabangsa dan juga pindaan terbaharu Akta Kerja 1955 (Pindaan 2022) yang diluluskan di Parlimen pada Mac 2022.

“Akta ini telah berkuat kuasa pada 1 Januari 2023 yang lalu untuk manfaat kedua-dua pihak antara majikan dan juga pekerja,” tambahnya lagi.

Dengan langkah-langkah ini, tegas Gerawat Kerajaan Sarawak berusaha untuk mengawal selia pengambilan pekerja dengan lebih baik, demi menjamin keberkesanan dan pertumbuhan sektor perladangan yang berterusan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan