Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Operasi pencarian Sabari melibatkan pegawai dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Pasukan Polis Marin, Polis Diraja Malaysia (PDRM), dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). Foto Bernama

Operasi pencarian Sabari di Sungai Padang Terap ditamatkan

ByBernama

JITRA, 3 Okt: Operasi pencarian pesara pegawai kewangan Felcra Sabari Baharom, 62, yang dicampak ke dalam Sungai Padang Terap dekat sini telah ditamatkan.

Isteri mangsa, Subhiah Ruslina Shahibi, 57, memaklumkan bahawa beliau menerima maklumat mengenai perkara tersebut malam tadi.

Menurutnya, beliau dan ahli keluarga akan melawat lokasi kejadian, iaitu di Jambatan Kampung Empa, Derang, dekat sini, hari ini.

Difahamkan, operasi selama tiga hari yang bermula Isnin lepas, meliputi radius 13 kilometer Sungai Padang Terap, tidak menemukan sebarang petunjuk sehingga pencarian dihentikan pada petang semalam.

Operasi pencarian Sabari digerakkan selepas polis menahan dua suspek lelaki berumur 26 dan 38 tahun, Jumaat lepas, bagi membantu siasatan kes kehilangan warga emas itu.

Pada Isnin, polis mengesahkan Sabari dicampak ke dalam Sungai Padang Terap dalam keadaan tangan diikat dan mulut ditutup dengan pita pelekat.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa Sabari hilang sejak 4 Sept lepas, dan kereta Proton Waja yang dinaikinya ditemukan hangus di Belantik, Sik.

Operasi pencarian Sabari melibatkan pegawai dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Pasukan Polis Marin, Polis Diraja Malaysia (PDRM), dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Operasi pencarian Sabari membabitkan pegawai dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Pasukan Polis Marin, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Sementara itu, usaha wartawan untuk mendapatkan maklumat lanjut daripada Ketua Polis Kedah Datuk Fisol Salleh masih belum berhasil. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan