Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tan Sri Datuk Amar Dr. Abdul Aziz Dato Husain pada sidang media Festizal Kuching Jazz 2024 di Kuching pada Khamis

Nada ‘Kuching Jazz 2024’ satukan kepelbagaian budaya Sarawak

KUCHING, 3 Oktober: Kuching Jazz (KJ) 2024 bukan sekadar halwa telinga namun menjadi wadah memangkin ekonomi Sarawak dalam nada menyatukan kepelbagaian bangsa dan budaya seluruh dunia menerusi muzik.

Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC), Tan Sri Datuk Amar Dr. Abdul Aziz Dato Husain berkata, KJ 2024 bakal mengetengahkan bakat-bakat besar dalam muzik jazz dan ia pastinya akan menarik ramai penggiat serta peminat seni tempatan dan luar negara untuk bertandang ke Sarawak.

Penganjuran KJ2024 bukan sekadar untuk halwa telinga – Abdul Aziz | TVS

Abdul Aziz turut yakin pentas KJ 2024 akan turut membolehkan penggiat muzik khususnya jazz, berkongsi bakat, kepakaran serta pengalaman yang luar biasa bersama peminat menerusi irama ‘swing’ yang mula diperkenalkan pada awal abad ke-20 di New Orleans, Amerika Syarikat.

“Kita mahu katakan bahawa tujuan penganjuran temasya muzik ini adalah untuk mempromosikan segmen pelancongan untuk membawa masuk lebih ramai pelancong bukan sahaja dari Malaysia, malah dari negara-negara seperti Brunei, Thailand dan Indonesia kerana kita amat rapat.

“Ini secara tidak langsung akan membantu memangkin segmen pelancongan wilayah, terutama di negara-negara di Kawasan Pertumbuhan Asia Timur Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA). Ini satu perkara yang kita mahu promosikan.

“Selain itu, kita mahukan berlakunya silang budaya, supaya kita tahu apa yang berlaku di Thailand, Indonesia serta negara-negara jiran kita yang lain. Pada masa yang sama, kita dapat mengeratkan perhubungan sesama kita di rantau Asian. Jadi, yang pertama mempromosikan segmen pelancongan, keduanya, pertukaran dan silang budaya serta mengukuhkan perpaduan. Ini sepatutnya menjadi idea utama di sebalik penganjuran festival muzik seperti ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada sidang media Kuching Jazz 2024 di Kuching pada Khamis.

Festival Kuching Jazz 2024 bakal menghiburkan peminat muzik di negeri ini bermula 4 hingga 5 Oktober 2024 di Kuching Waterfront Esplanade, akan menampilkan pemuzik jazz antarabangsa dan tempatan termasuklah Payung Teduh dan Rizki Febian (Indonesia), Zee Avi serta Aruel Ariel & The Fasola (Malaysia), Mellow Motif (Thailand) serta pemuzik berbakat Bumi Kenyalang, Improviser dan Swaiv.

Turut hadir Konsul Jeneral Republik Indonesia di Kuching, Raden Sigit Witjaksono, Pengarah Wilayah Lembaga Pengalakan Pelancongan Malaysia, Nurul Ain Mohammed Yunus dan Pengarah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Sarawak, Debbie Jenggut Nyelang, Pengurus Besar Kampung Budaya Sarawak, Jane Lian Labang, Pengarah Kuching Jazz (KJ) 2024, Zaini Zainuddin dan Pengelola Program KJ 2024 merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Hemisphere Corporation, Mark Ferguson.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan