Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Safiee Ahmad menyerahkan sumbangan LIFE, KPWK kepada penerimanya di Daro, pada Khamis. Foto TVS

LIFE, kepedulian kerajaan terhadap golongan rentan

DARO, 3 Okt: Program Bantuan Low Income Family Empowerment (LIFE) merupakan inisiatif penting Kerajaan Sarawak dalam membantu golongan rentan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad berkata, langkah bersepadu Kementerian Pembangunan Wanita dan Kanak-kanak (KPWK) itu dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Menurutnya, ia merupakan salah satu pendekatan penting dalam menangani isu kemiskinan seterusnya meningkatkan kesejahteraan keluarga berpendapatan rendah.

“Isu kemiskinan antara fokus Majlis Pembangunan Sosial Sarawak selain penyalahgunaan dadah dan substans, gelandangan, kehamilan remaja, masalah dokumen pengenalan diri, keganasan rumahtangga, perkahwinan dan penceraian, jenayah siber, seksual terhadap kanak-kanak, harta benda, kesihatan mental dan lain-lain lagi.

“Sehubungan itu, saya berharap agar program ini dapat memberi impak yang positif kepada kumpulan sasar bagi menambah pendapatan dan meningkatkan sosioekonomi keluarga sekaligus membantu keluar daripada Paras Garis Kemiskinan (PGK),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Penyerahan sumbangan LIFE di sini, hari ini.

Hadir sama, Pegawai Daerah Daro, Zul Usup, wakil MPS KPWK, Mohd Nazreen Nazeman, Pembantu Antidadah AADK Mukah, Mike Dona Seriin Kakan, Pemanca Lau Oi Phen dan KMKK Tanah Besar Daro.

Dalam pada itu, Safiee berkata, komitmen tinggi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam membantu pencegahan dan pemulihan mampu meningkatkan sokongan kepada individu dan keluarga yang terjejas akibat masalah dadah.

Usaha itu katanya, boleh dilaksanakan melalui pelbagai pendekatan termasuk pendidikan, pencegahan, pemulihan dan sokongan komuniti.

“Malah NGO juga sering terlibat dalam program kesedaran awam tentang bahaya penyalahgunaan dadah melalui kempen, seminar, bengkel dan sebagainya.

“Mereka (NGO) menyampaikan maklumat yang relevan dan mendidik orang ramai mengenai kesan negatif dadah serta cara mencegahnya.

“Tidak sekadar itu, perkhidmatan sokongan kepada individu yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah juga amat penting termasuk pusat rawatan di samping pemulihan, program kaunseling, terapi dan sebagainya,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan