Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebanyak 211 penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan Taiwan dibatalkan berikutan Taufan Krathon dijangka melanda selatan Taiwan pada tengah hari Khamis. Foto AFP

Lebih 200 penerbangan di Taiwan dibatalkan susulan Taufan Krathon

ByBernama

TAIPEI, 3 Okt: Sebanyak 211 penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan Taiwan dibatalkan berikutan Taufan Krathon dijangka melanda selatan Taiwan pada tengah hari Khamis, lapor Agensi Berita Central News Agency (CNA), memetik pihak berkuasa lapangan terbang.

Sebanyak 85 penerbangan masuk, 88 penerbangan keluar, dan 38 penerbangan kargo dibatalkan setakat 8 pagi waktu tempatan, menurut Taoyuan International Airport Corp.

Pihak berkuasa juga mengingatkan para penumpang untuk menyemak status penerbangan mereka dengan syarikat penerbangan sebelum menuju ke lapangan terbang.

Setakat 10 pagi, Khamis, Krathon berada kira-kira 30 kilometer di barat daya Kaohsiung dan bergerak ke arah utara-timur laut pada kelajuan 8 kilometer sejam (km/j), menurut data Pentadbiran Cuaca Pusat (CWA).

Taufan itu membawa angin kencang dengan kelajuan maksimum 126 km/j, menurut data CWA. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan