Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menyampaikan Anugerah Tokoh Kejuruteraan Negara 2024 kepada Dato Paduka Dr Keizrul Abdullah. Foto TVS

KKR komited wujudkan dasar perkukuh profesion kejuruteraan

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 3 Okt: Kementerian Kerja Raya (KKR) menyatakan komitmen untuk mewujudkan dasar yang dapat mengukuhkan profesion kejuruteraan di negara ini yang diselaraskan dengan keperluan semasa.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata profesion itu memainkan peranan penting dalam pelaksanaan dasar negara membabitkan pelbagai aspek.

Sehubungan itu jelas beliau KKR akan terus bekerjasama dengan Lembaga Jurutera Malaysia (LJM) untuk memastikan Malaysia kekal berada di barisan hadapan dalam inovasi kejuruteraan di rantau ini.

“Sebagai Menteri Kerja Raya, saya memberi jaminan bahawa kerajaan mengiktiraf peranan penting dan sumbangan sektor kejuruteraan.

“Sama ada melalui penambahbaikan projek infrastruktur, mempertingkat perancangan bandar atau mempromosikan teknologi hijau, jurutera memainkan peranan penting dalam melaksanakan dasar negara,” katanya.

Alexander Nanta berkata demikian semasa berucap pada Majlis Makan Malam Penganugerahan dan Penghargaan LJM di Menara Felda, hari ini.

Tambah beliau, kerajaan mengakui bahawa profesion jurutera profesional atau yang baharu berkecimpung dalam industri itu merupakan nadi pemodenan negara ini.

Sehubungan itu, beliau berharap penghargaan yang diberikan menerusi anugerah yang disampaikan dapat memberi inspirasi kepada generasi jurutera akan datang untuk menyumbang kepada kemajuan pembangunan negara.

Sementara itu, Alexander Nanta turut menyampaikan penghargaan kepada pengamal media yang membantu menyampaikan maklumat kepada masyarakat supaya memahami peranan dan fungsi LJM.

Pada masa sama beliau turut mencadangkan kepada LJM supaya menjalin kerjasama dengan kementeriannya bagi meraikan profesional media pada skala yang lebih besar.

“Pengamal media berfungsi sebagai jambatan penting yang menghubungkan di antara orang ramai dan dunia di sekeliling kita.

“Anda membantu membentuk persepsi awam dan mendedahkan tentang kerja-kerja penting jurutera setiap hari untuk meningkatkan kualiti hidup semua rakyat Malaysia di samping memelihara keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan orang awam,” katanya.

Penerima Anugerah Tokoh Muda Kejuruteraan Negara 2024 ialah Profesor Madya Dr Hassimi Abu Hasan, manakala Anugerah Tokoh Kejuruteraan Negara 2024 diberikan kepada Dato Paduka Dr Keizrul Abdullah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan