Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Foto TVS

Istana Pahang nafi istiadat perkahwinan babitkan Tengku Hassanal

ByBernama

KUANTAN, 3 Okt: Istana Pahang hari ini menafikan satu hantaran tular berkenaan perkahwinan diraja melibatkan Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dengan seorang wanita.

Menurut hantaran di laman Facebook Kesultanan Pahang, maklumat tular menerusi aplikasi Instagram sejak 24 Sept lepas telah dimuat naik sendiri oleh pengguna platform dengan nama Farida.1111111 dan memperlihatkan kertas tertulis ‘Istiadat Perkahwinan Diraja antara Tengku Hassanal dan Cik Farida Daud’.

Kesultanan Pahang memaklumkan perkara itu adalah palsu dan tiada kaitan dengan Tengku Mahkota Pahang atau Istana Pahang.

“Istana Pahang mengesan hantaran berbentuk fitnah yang dimuat naik individu tersebut dan meminta orang ramai tidak mempercayai sebarang kenyataan selain daripada portal rasmi Istana Pahang atau media sosial Kesultanan Pahang.

“Tindakan tegas boleh diambil kepada individu tersebut atau mana-mana pihak yang dikesan membuat sebarang hantaran di media sosial yang berbaur fitnah atau mengganggu-gugat keharmonian khususnya Istana Pahang,” menurut hantaran itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan