Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Ibrahim Baki dilantik sebagai Pengerusi Sarawak Energy Berhad berkuat kuasa 1 Oktober 2024. Foto Sarawak Energy

Ibrahim Baki dilantik sebagai Pengerusi Sarawak Energy Berhad

KUCHING, 3 Okt: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok Dato Ibrahim Baki dilantik sebagai Pengerusi Sarawak Energy Berhad (SEB) berkuat kuasa 1 Oktober 2024.

SEB menerusi kenyataan memaklumkan, pelantikan itu adalah bagi menggantikan Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi yang memegang jawatan berkenaan sejak 2005.

“Dato Ibrahim membawa lebih tiga dekad pengalaman merentas industri seperti pembangunan hartanah, perkapalan dan media,” kata kenyataan itu, hari ini.

Seorang profesional undang-undang, beliau memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Undang-undang di PETRONAS pada 1984, sebelum mengasaskan firma guaman Tetuan Idris Buang, Ibrahim Baki & Co di Sarawak.

Beliau juga berkhidmat sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas PETRONAS.

Dalam pada itu, kenyataan itu turut berkongsi pencapaian Abdul Hamed sepanjang di Sarawak Energy.

Abdul Hamed meninggalkan legasi membimbing transformasi syarikat menjadi peneraju serantau dalam tenaga boleh diperbaharui dan kemampanan.

“Di bawah kepimpinannya, Sarawak Energy berkembang daripada utiliti tradisional dengan 2,042 pekerja dan kapasiti penjanaan 849MW pada 2005 kepada lebih 6,000 pekerja dan kapasiti 5,745MW sekarang.

“Sepanjang tempoh perkhidmatannya, syarikat itu mencapai 99.5 peratus elektrifikasi di seluruh negeri, meningkat daripada 80 peratus pada 2009,” katanya.

SEB juga mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Mohd Hassan Marican, yang berkhidmat sebagai pengarah bebas bukan eksekutifnya dari 2010 hingga 1 Ogos tahun ini.

“Kepakaran dan pandangan beliau, terutamanya daripada pengalaman luas beliau dalam menerajui organisasi multinasional dalam sektor tenaga, penting kepada kejayaan transformasi Sarawak Energy menjadi pemain utama dalam pembangunan tenaga boleh diperbaharui dan usaha niaga antarabangsa,” kata syarikat itu.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan