KUALA LUMPUR, 3 Okt: Dua pemain muda negara, Haykal Danish Mohd Haizon dan Haziq Aiman Mohd Esa yang beraksi cemerlang dalam kempen Piala Asia Bawah 20 Tahun baru – baru ini dipanggil menyertai kem latihan pusat bersama skuad senior kebangsaan.
Penyertaan Haykal Danish, 19, yang juga penyerang muda di Selangor FC dan penjaga gol Johor Darul Takzim Haziq Aiman dijangka akan memberi lebih banyak pilihan kepada ketua jurulatih Pau Marti untuk menyediakan barisan terbaik mengharungi aksi persahabatan antarabangsa menentang New Zeland dan India.
Dua pemain muda itu bersama 25 pemain lain dijadual melapor diri pada 6 Oktober ini.
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berkata, skuad negara akan memulakan latihan bagi menghadapi Perlawanan Antarabangsa Tier 1 menentang New Zealand di Stadium North Harbour, Auckland pada 14 Oktober.
“Berdasarkan senarai, Marti mengekalkan seramai 23 daripada 26 pemain yang beraksi di Pestabola Merdeka 2024 yang muncul juara dengan menewaskan Lubnan,” kata FAM menerusi kenyataan media hari ini.
Antara yang dikekalkan termasuklah Ahmad Syihan Azmi, Muhammad Feroz Baharudin, Matthew Davies, Corbin Ong dan Arif Amman Mohd Hanafi (JDT) selain Dominic Tan yang beraksi untuk Sabah.
FAM memaklumkan, dua muka baharu dipanggil kali ini ialah Stuart Wilkin (Sabah FC) dan Azim Al Amin Kamaruddin (Selangor FC).
Sementara itu, seramai 11 pemain telah ditetapkan dalam senarai bersedia sekiranya berlaku perubahan dalam senarai pemain yang dipilih menyertai kem latihan.
Berikut senarai 27 pemain dipanggil Pau Marti ke kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bermula Ahad ini:
- Ahmad Syihan Hazmi Mohamed
- Matthew Davies
- Muhamad Feroz Baharudin
- La’vere Lawrence Corbin-Ong
- Arif Aiman Mohd Hanapi
- Romel Morales
- Muhammad Haziq Aiman Mohd Esa
- Muhammad Safawi Rasid
- Muhammad Akhyar Abdul Rashid
- Safwan Mazlan
- Muhammad Azam Azmi Murad
- Dominic Tan
- Daniel Sang Ting
- Darren Lok
- Stuart John Wilkin
- Nooa Hamzah Laine
- Harith Haiqal Adam Afkar
- Muhammad Azim Al Amin Kamaruddin
- Mohammad Haykal Danish Mohd Haizon
- Muhammad Azri Ab Ghani
- Paulo Josue
- Muhammad Haqimi Azim Rosli
- Mohamed Syamer Kutty Abba
- Muhammad Adib Abdul Ra’op
- Muhammad Syafiq Ahmad
- Dion-Johan Cools
- Endrick Dos Santos
– TVS