Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
MOSTI berharap kerajaan mempertimbangkan peruntukan yang lebih tinggi kepada kementerian itu menerusi Belanjawan 2025. Foto hiasan, Envato.

Belanjawan 2025: MOSTI harap peruntukan lebih besar, perkasa R&D

ByHafeezzur Muzamir

SERDANG, 3 Okt: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) meminta kerajaan untuk mempertimbangkan peruntukan yang lebih tinggi kepada kementerian itu menerusi Belanjawan 2025.

Menterinya, Chang Lih Kang berkata pertambahan itu diperlukan bagi memperkasa bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) negara.

Jelas beliau Malaysia sudah menunjukkan peningkatan dalam bidang inovasi apabila melonjak tiga anak tangga ke ke-33 dalam Laporan Indeks Inovasi Global 2024.

“Salah satu bidang yang perlu MOSTI perbaiki ialah perbelanjaan dan pelaburan yang masih pada tahap rendah terutamanya sektor swasta.

“Oleh itu, kami berharap kerajaan mempunyai inisiatif untuk merangsang pelaburan dalam sektor itu.

“Lebih banyak (peruntukan), lebih baik. Namun begitu, kebiasaannya sumber sentiasa menjadi cabaran dengan kita (MOSTI) tidak boleh mengharapkan tambahan setiap tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir pada Majlis Pertukaran Memorandum Perjanjian (MoA) antara Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan NXP Malaysia dan Perasmian Makmal Kolaborasi UPM-NXP di sini, hari ini.

Turut hadir Naib Canselor UPM, Datuk Prof Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah dan Pengurus Besar NXP Malaysia, Goon Ben Nee.

Mengulas lanjut, Lih Kang bagaimanapun mengakui aspek R&D sains dan teknologi tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada peruntukan kerajaan.

Lih Kang menjelaskan, ia memerlukan mekanisme lain yang sesuai seperti jalinan kerjasama antara antara Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan industri yang disifatkannya sebagai amat penting.

Belanjawan 2025 dijadual akan dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 18 Oktober ini. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan