Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Lukanisman Awang Sauni bercakap kepada pemberita Foto Ahnaf Aqil (TVS).

Belanjawan 2025: KKM mohon peruntukan lebih bagi tambah kemudahan kesihatan di Sarawak

LIMBANG,3 Okt: Peningkatan peruntukan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Belanjawan 2025 diperlukan bagi membolehkan penambahbaikan kemudahan di klinik kesihatan dan kuarters petugas kesihatan khususnya di Sarawak.

Timbalan menterinya, Datuk Lukanisman Awang Sauni, berkata KKM turut berharap Program Inisiatif Bitara MADANI diteruskan tahun depan melalui belanjawan yang akan dibentangkan pada 18 Oktober ini.

Jelasnya KKM memperoleh peruntukan RM100 juta khusus bagi membiayai kerja membaik pulih kemudahan di klinik kesihatan dan kuarters kediaman petugasnya di Sarawak dan separuh daripada jumlah itu adalah peruntukan yang disalurkan Kerajaan Sarawak.

“Apa yg saya harapkan ialah kita dapat meneruskan program Bitara MADANI dan penambahbaikan klinik-klinik daif.

“ Saya juga berharap agar kerajaan persekutuan bersetuju dengan mekanisma duit pemulaan ataupun advance fund yg diberikan kepada kerajaan persekutuan untuk kita membina klinik lebih awal mengikut jadual dan ini telahpun dimulakan pada Jun lepas, dimana Premier Sarawak telahpun meluluskan RM100 juta dan kita hanya menggunakan RM50 juta tahun ini bagi menbangunkan tujuh buah klinik di seluruh Sarawak termasuk di Kuala Lawas,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas taklimat perkembangan pembinaan Hospital Limbang dalam Program Jelajah Sarawak Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia hari ini.

Beliau berkata, tempoh pelaksanaan projek di bawah peruntukan RM100 juta ini adalah bagi tempoh 18 bulan dan pihak Jabatan Kesihatan Sarawak sudah mengenal pasti semua lokasi klinik kesihatan terbabit.

Lukanisman mendedahkan lagi KKM menerima peruntukan RM19 juta tahun ini untuk membaikpulih 39 buah klinik daif di Sarawak.

Manakala katanya sejumlah RM4.5 juta dibelanjakan untuk membaik pulih dan menaik taraf klinik kesihatan di Limbang dan Lawas termasuk Klinik Kesihatan Merapok Lawas, Klinik Kesihatan Sundar Lawas, Klinik Kesihatan Kuala Lawas selain klinik kesihatan di Limbang.

Sehubungan itu, Lukanisman berharap agar kerajaan persekutuan dapat menyalurkan peruntukan lebih besar pembiayaan kesihatan, penambahan kakitangan, pembelian ubat-ubatan serta pembeliah peralatan kesihatan yang sangat kritikal pada masa ini di fasiliti kesihatan.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan